Ungku Hariz Panggil Chef Ke Rumah Ajar Jihan Muse Masak


Pelakon Ungku Hariz, memanggil chef ke rumah untuk mengajar isterinya, pelawak Jihan Muse memasak.

Tindakan Ungku Hariz itu menyebabkan Jihan terkejut dan cuak, tambah-tambah lagi apabila suaminya itu bertegas mahu dia belajar memasak.

Jika pada dua musim terdahulu Jihan hanya bertindak sebagai pengacara program Resepi Memikat Suami (RMS), kali ini dia menjadi pembuka tirai sebagai selebriti jemputan untuk memasak kepada suaminya.

Menerusi episod pertama RMS yang bakal bermula 6 Jun di Astro Ria, Jihan sebagai pengacara program itu terpaksa akur dengan kehendak suaminya.

Untuk membuktikan dia boleh memasak, Jihan berusaha menyediakan hidangan untuk memikat suaminya sambil meminta tunjuk ajar Chef yang dipanggil Ungku Hariz.

Seperti biasa Jihan melakukan rutin RMS iaitu, membeli barangan di pasar untuk memasak hidangan utama dan pemanis mulut, cuma kali ini dia ditemani Chef.

Menu yang dimasak Jihan adalah Roulade Daging dan Pesto serta pemanis mulut Walnut Mini Pavlova. Idea menu itu juga diberikan Chef selepas Jihan menerangkan apa makan kegemaran suaminya.

Siapakah Chef yang membantu Jihan? Adakah masakan Jihan berjaya memikat hati suaminya? Saksikan Resepi Memikat Suami yang disiarkan di Astro Ria setiap hari Isnin hingga Khamis, jam 6.30 petang bermula 6 Jun ini.

Kepada yang terlepas menyaksikan program masakan ini, anda boleh mendapatkan resipi di aplikasi SUUDU dalam telefon pintar anda yang boleh dimuat turun menerusi App Store dan Google Play, menerusi segmen TV Show; Resepi Memikat Suami, yang bertindak selaku one stop centre untuk segala resepi yang menarik dan ringkas.