Senarai Penuh Pemenang ABPBH 29: Neelofa Bintang Paling Popular!

Senarai Penuh Pemenang ABPBH 29 Neelofa Bintang Paling Popular

 

Pengacara rancangan MeleTop, Neelofa dinobatkan sebagai Bintang Paling Popular Anugerah Bintang Popular Berita Harian 29 (ABPBH 29) yang berlangsung malam tadi.

Majlis anugerah yang bersiaran di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC) itu diacarakan oleh AG, Haiza, Mira Filzah dan Zizan Razak.

Berikut merupakan senarai pemenang bagi 13 kategori ABPBH 29 dan 5 kategori online ABPBH 29:

ABPBH 29 Kategori Utama

Bintang Paling Popular: Neelofa

Anugerah Pencapaian Sepanjang Zaman: Fauziah Datuk Ahmad Daud

Artis Baharu Lelaki Popular: Sufi AF2015

Artis Baharu Wanita Popular: Mira Filzah

Pelakon Filem Lelaki Popular: Sharnaaz Ahmad

Pelakon Filem Wanita Popular: Fathia Latiff

Pelakon TV Lelaki Popular: Sharnaaz Ahmad

Pelakon TV Wanita Popular: Emma Maembong

Penyanyi Lelaki Popular: Aizat

Penyanyi Wanita Popular: Adira

Artis Kolaborasi/Duo/Berkumpulan Popular: Wings

Artis Versatil Popular: Ifa Raziah

Pengacara TV Popular: Neelofa

Penyampai Radio Popular: DJ Lin

Artis Komedi Popular: Abam

ABPBH Kategori Online

Artis Aksi Selfie Popular: Saharul Ridzwan

Personaliti Media Sosial Popular: Lara Alana

Artis Ikon Respek: Datuk Aznil Haji Nawawi

Artis Trending Popular: Ayda Jebat

Artis YouTube Popular: Siti Nordiana

Tidak Tahan Difitnah Bekas Isteri Suami, Maria Farida Saman

Tidak Tahan Difitnah Bekas Isteri Suami Maria Farida Saman

 

Pelakon Datin Maria Farida mahu meneruskan saman fitnah terhadap bekas isteri suaminya, Hadijah Mokthar.

Menurut Maria, dia tidak akan berdiam diri lagi selepas difitnah secara bertubi-tubi oleh wanita berkenaan.

“Pelbagai tuduhan dilemparkan kepada saya seperti perampas suami orang, bomohkan suami, berebut kasut dengan anak tiri dan paling tak boleh terima bila dia tuduh saya tampar anaknya.

“Macam mana saya sanggup nak tampar Rayyan sedangkan makan pakai dia saya yang jaga?

“Sebelum ini saya tak pernah beri respon terhadap perkara yang dia lakukan pada saya, tapi kali ini saya tak akan diam lagi.

“Sepanjang 9 bulan saya diganggu dan sabar dengan ‘permainan’ dia tapi bila dah semakin menjadi-jadi sehingga mencederakan suami saya itu melampau!” katanya ketika ditemui pada sidang media yang diadakan di Hotel The Royale Chulan, Damansara pagi Jumaat.

Tambah Maria lagi, pihaknya sudah menyerahkan dua surat saman pada November dan Disember tahun lalu, tetapi tiada tindakan diambil untuk surat pertama kerana bekas isteri suaminya itu berjanji untuk berubah.

Bagaimanapun, Hadijah atau dikenali sebagai Karen telah memungkiri janji dan masih mengganggu rumahtangga mereka.

“Memang dia berjanji untuk berubah namun itu semua tipu, sehingga kini dia masih lagi ganggu kehidupan kami sekeluarga. Berpuluh-puluh mesej dalam bahasa kesat dihantar kepada saya dan suami. Kami bukan bercakap kosong kerana mesej-mesej yang dihantar itu kami simpan sebagai bukti,” ujarnya.

Dalam pada itu, suami Maria, Datuk Rahman Syakur, 62, menjelaskan insiden dilanggar bekas isteri itu adalah benar.

“Saya ada hak untuk ambil anak kerana saya mendapat hak penjagaan kekal mereka. Dia yang langgar perintah mahkamah.

“Walaupun sudah bercerai, saya tak mahu putuskan hubungan ibu dan anak sebab itu saya beri dia jumpa mereka. Tapi lain pula jadinya bila dia tak mahu pulangkan dan saya terpaksa ke rumahnya untuk mengambil Ayshea dan Rayyan.

“Marah dengan tindakan tersebut dia terus melanggar saya yang berada di pagar. Saya telah diseret sejauh 5 meter dan mengakibatkan luka kecil pada bahagian badan saya.

“Saya bersyukur kerana tidak mengalami kecederaan serius. Dia kata pertahankan diri tetapi di akaun Instagram lain pula ceritanya.

“Siap beritahu dia sepatutnya seret saya sehingga mati dengan memuat naik gambar anjing yang diseret.

“Sampai bila dia nak menipu?  Saya ada surat mahkamah yang mengesahkan hak penjagaan kekal anak-anak pada saya,” tegasnya.

Maria dan Datuk Rahman berkahwin pada 26 November tahun lalu.

Tanya Bayaran Konsert, Yazit Search Dimaki ‘Tua, Sakit Nak Mampus’

Tanya Bayaran Konsert Yazit Search Dimaki Tua Sakit Nak Mampus


Anggota kumpulan Search, Yazit Ahmad mendakwa ditengking isteri vokalis kumpulan tersebut, Norhasniza Hassan gara-gara bertanya tentang bayaran Konsert 35 Tahun Search.

Dakwaan tersebut dikemukakan Yazit menerusi sebuah laporan polis yang dilakukan di Balai Polis Wangsa Maju, Kuala Lumpur pada petang Rabu.

Menurut Yazit seperti yang dinyatakan dalam laporan polis tersebut, Norhasniza telah menengkingnya ketika bertanyakan tentang bayaran yang sepatutnya diterima.

“Saya juga telah menerima panggilan telefon  daripada Norhasniza (isteri kepada Amy) memaki dan menengking kepada saya apabila saya bertanyakan  mengenai bayaran yang sepatutnya saya dapat. Antara makian yang dilemparkan kepada saya seperti – “kau tu dah tua, sakit nak mampus,” tulisnya.
Yazit telah membuat laporan mendakwa berlaku pecah amanah kerana tidak menerima sebarang bayaran untuk konsert yang sepatutnya berlangsung pada 30 Ogos ini.

Dia turut menyatakan tidak menerima bayaran untuk beberapa persembahan sebelum ini.

Menerusi laporan polis yang mula tersebar di aplikasi Whatsapp itu, Yazit mendakwa telah ke pejabat penganjur Konsert 35 Tahun Search, AF Jet Sdn. Bhd. untuk berbincang mengenai konsert.

Namun, Yazit terkejut apabila diberitahu jumlah bayaran RM75,000 telah dibayar kepada kumpulan Search pada Disember 2015, sedangkan dia tidak pernah menerima apa-apa bayaran bermula tarikh tersebut sehingga ke hari ini.

Tambah Yazit, pengurus AF Jet memaklumkan kepadanya pembayaran kepada Yazit sepatutnya diuruskan oleh anggota Search sendiri.

Di bawah dilampirkan laporan polis yang dilakukan Yazit semalam:

Wajah Seperti ‘Bapok’, Scha Al-Yahya Bidas Komen Biadab

Wajah Seperti Bapok Scha Al-Yahya Bidas Komen Biadab

 

Pelakon Scha Alyahya membidas komen biadap netizen yang mengkritik wajahnya kelihatan seperti bapok.

Komen negatif tersebut bermula apabila pengacara Gempak Superstar itu memuatnaik satu video solekan di akaun Instagram (IG )nya pada Selasa.

Tidak dinafikan ramai yang mempertikaikan hasil solekan Scha itu namun satu komen diberikan oleh netizen yang mengunakan nama @syanadazman telah mengundang kemarahan peminat aktres tersebut.

Komen yang dianggap biadap oleh peminat Scha itu ditulis dengan cara provokasi iaitu “macam bapok sikit” seolah-olah sengaja ingin mencetuskan ‘perang’ di IG pengacara tersebut.

Ibarat buku bertemu dengan ruas, Scha dengan selamba membidas kembali komen tersebut dengan nada sinis:

“@syanadazman aduhai mungkin macam bapok tapi tak macam awak,” tulisnya.

Selain peminat, suaminya yang juga merupakan pelakon Awal Ashaari turut terkesan dengan komen tersebut juga memberikan respon:

“Kalau bapok cantik macam ni, baiklah jadi bapok. Dari jadi perempuan/lelaki asli tapi hati busuk macam sampah. Kalau hidung dia besar pun, atleast dia breath udara yang lagi fresh compared to some of you. Don’t make me start because I can be your worst nightmare. Peace,” komennya.

Berikut merupakan komen-komen panas di IG Scha:

Bocey Juara MLM 2016, Bawa Pulang RM500,000

Bocey Juara MLM 2016 Bawa Pulang RM500000

 

Kumpulan Bocey menepati ramalan apabila mereka bertiga diumumkan sebagai juara Maharaja Lawak Mega 2016 (MLM 2016), malam tadi.

Pengumuman kejuaraan itu diumumkan oleh hos MLM 2016, Datuk AC Mizal di Gelanggang Akhir MLM 2016 yang bersiaran dari Stadium Tertutup Perbadanan Pasir Gudang, Johor Bahru.

Kejayaan ini juga membolehkan Fad, Achey dan Abam menerima hadiah wang tunai RM500,000 berserta sebuah trofi sumbangan Astro.

Kumpulan Joras yang dianggotai oleh Joey, Rahim dan Shuk merangkul gelaran naib juara dan memenangi wang tunai RM250,000 berserta sebuah trofi.

Mamak dah Ali yang membentuk kumpulan Puteh pula menghuni tempat ketiga dan memenangi wang tunai RM150,000 berserta trofi.

Kumpulan LOL yang dianggotai Angah, Ajak dan Tauke berpuas hati di tempat ke-4 dan memenangi RM50,000 berserta trofi.

Di pertarungan akhir ini, dua tema telah diberikan kepada setiap finalis. Bagi pusingan pertama, mereka akan membuat persembahan bebas dan untuk pusingan kedua, tema muzikal harus dipersembahkan.

Maharaja Lawak Mega 2016 Akhir telah disiarkan di Astro Warna (132) dan Mustika HD (134) bermula jam 10.00 malam.

Seperti biasa, barisan juri yang mengadili dan memberi komen untuk setiap finalis pada malam tadi ialah Ziana Zain, Bunga Citra Lestari, Najip Ali dan Shaheizy Sam.

Buat Luahan Hati Dengan Lee Kwang Soo , Song Ji Hyo Menangis

Buat Luahan Hati Dengan Lee Kwang Soo  Song Ji Hyo Menangis

 

Satu-satunya anggota wanita Running Man, Song Ji Hyo mengalirkan air mata ketika membuat luahan hati kepada rakan sepasukannya, Lee Kwang Soo.

Kejadian itu didedahkan dalam episod istimewa berjudul ‘I Miss You, I Love You’ yang bersiaran baru-baru ini.

Song Ji Hyo atau lebih mesra dengan panggilan Ji Hyo pada mulanya agak kekok untuk berdepan Kwang Soo sewaktu ditempatkan dalam sebuah bilik untuk segmen luahan hati.

Namun sebaik sahaja diberi arahan untuk membaca surat yang kepada jejaka tinggi lampai itu, dia mulai sebak.

“Banyak perkara yang saya tulis untuk memberitahu bertapa bersyukurnya saya sepanjang mengenali awak.

“Sewaktu mula-mula berada dalam program ini, saya sering terfikir adakah saya layak untuk berada dalam Running Man.

“Secara jujur, pada waktu itu saya sering rasa bersalah kerana tak dapat menyesuaikan diri dengan ahli-ahli Running Man yang lain dan agak kekok bersama mereka.

“Masih lagi teringat ketika itu saya sering menangis dan mengadu pada awak yang saya berniat untuk keluar daripada program ini.

“Tapi, setiap kali saya meluahkan hasrat untuk berhenti, awak tetap tenang mendengar segala keluhan dan banyak memberikan sokongan kepada saya.

“Saya berterima kasih untuk perkara yang awakdah lakukan pada saya. Terima kasih,” katanya sebak.

Kwang Soo kemudiannya membalas kata-kata Ji Hyo dengan membacakan surat yang ditulis kepada wanita itu.

“Sepanjang enam tahun kita bersama, rasanya saya banyak layan awak dengan kasar dan saya minta maaf atas tindakan tersebut.

“Saya tahu ada benda yang awak suka dan tak suka tetapi saya tetap juga lakukannya. Saya sedar kadang-kadang tingkah laku saya membuatkan awak rasa tak selesa dan sakit hati.

“Tapi disebabkan saya ingin lakukan yang terbaik untuk program ini, rasanya walaupun dah minta maaf saya mungkin akan lakukan kembali perkara yang sama,” ujarnya.

Luahan hati Kwang Soo itu kemudiannya disambut dengan gelak ketawa oleh Ji Hyo.

Selepas menyaksikan episod tersebut, rata-rata peminat terharu melihat keakraban yang ditunjukkan oleh mereka berdua ibarat hubungan adik dan kakak.

Nafi Bercinta, Ummi Nazeera Selesa Berkawan Dengan Zizan Razak

imageResizeAndCrop (6)

 

Pelakon filem Penanggal, Ummi Nazeera mengakui dirinya selesa berkawan dengan pelawak dan pengacara Zizan Razak.

Pernah digosipkan bercinta, Ummi menafikan perkara tersebut dan menganggap Zizan sebagai seorang rakan yang baik.

“Saya akui saya selesa berkawan dengan Zizan. Selepas kami berlakon dalam filem Angin Cinta, kami digosipkan bercinta. Ketika gosip itu baru sahaja diperkatakan, saya akui saya tak suka dengan gosip tersebut. Sebagai seorang perempuan, kalau boleh, saya nak elakkan diri dikaitkan dengan gosip.

“Saya ada berbincang dengan Zizan mengenai gosip itu dan dia meminta saya agar bertenang kerana perkara tersebut tidak benar. Kini, gosip itu telah berlalu pergi. Zizan sangat tenang menghadapi gosip dan dia merupakan seorang sahabat yang baik,” kata Ummi kepada Astro Gempak.

Bergandingan dengan Zizan menerusi sebuah filem televisyen yang berjudul Angin Cinta, Ummi menyifatkan Zizan sebagai seorang pelakon yang berbakat.

“Zizan pandai membawakan wataknya. Tak sukar untuk saya bekerjasama dengan Zizan. Saya pula yang risau kerana naskah ini mengangkat genre komedi romantik. Genre ini merupakan ‘makanan’ Zizan manakala saya pula selalu membawakan watak yang lebih serius,” kata Ummi lagi.

Dalam perkembangan lain, Ummi kini sedang sibuk menjalani penggambaran karya baru Astro First yang berjudul Bisik Pada Langit bergandingan bersama Jalil Hamid, Erwin Dawson, Beto Kusyairy dan ramai lagi.

Jangan lupa saksikan Angin Cinta lakonan Ummi Nazeera, Zizan Razak, Sharonizam Noor dan ramai lagi. Diarahkan oleh Ghaz Abu Bakar, Angin Cinta disiarkan menerusi saluran Astro First Eksklusif (480) bermula 30 April ini dengan bayaran RM15.90 untuk tempoh 48 jam dari pembelian.

Diekori Peminat Fanatik, Liyana Jasmay Takut Keluar Bersendirian Di Sabah

imageResizeAndCrop (5)

 

Pelakon Liyana Jasmay akui takut keluar bersendirian kerana pernah diekori peminat fanatik.

Kejadian tersebut berlaku ketika Liyana ke Sabah untuk melawat suaminya.

Liyana berkata,  dia tidak akan melupakan pengalaman diekori peminat ketika keluar membeli-belah di negeri itu.

“Suami memang bekerja di Sabah dan adakalanya jika tidak sibuk saya akan melawat dia di sana dan hanya duduk di rumah.

“Kalau nak keluar sorang-sorang tu saya rasa sedikit takut sebab pernah ada pengalaman buruk ketika saya sedang membeli-belah.

“Bayangkan sedang sibuk membeli barang, saya diekori oleh orang yang tidak dikenali dan itu membuatkan saya serik.

“Selepas daripada kejadian itu, memang saya tak berani nak keluar sendirian lagi,” katanya ketika ditemui baru-baru ini.

Tambah Liyana, suaminya juga turut menjadi mangsa peminat fanatik apabila ada diantara mereka yang tidak melepaskan peluang untuk bergambar bersama dengannya.

“Saya terkejut, walaupun suami saya bukan selebriti terkenal tapi ada juga orang yang nak bergambar dengan dia.

“Rasa kesian juga lihat dia begitu, tapi tak sangka pula orang Sabah kenal yang dia adalah suami saya.

“Gambar yang mereka ambil tu kemudiannya ditagkan pada saya di laman sosial dan mereka kata kalau tak dapat bergambar dengan Liyana Jasmay, dengan suami pun jadilah,” ujarnya.

Dalam perkembangan lain, Liyana kini sibuk dengan perniagaan pakaian di bawah jenama Mermaid Store selain bakal muncul dengan lagu baru berjudul Oh Na Na tidak lama lagi.

RATING JATUH, PEMINAT MERUNGUT PENERBIT BARU RUNNING MAN MEMBOSANKAN

imageResizeAndCrop

 

Penonton setia rancangan variasi popular Running Man mula meluahkan rasa bosan setelah menonton episod istimewa berjudul ‘I Miss You, I Love You’ yang bersiaran baru-baru ini.

Malah peminat Running Man sendiri telah melabelkan episod tersebut adalah antara yang terburuk pernah ditonton oleh mereka.

Melihat kepada komen-komen yang diberikan, rata-rata peminat menyalahkan penerbit baru Running Man, Kim Joo Hyung kerana ada segmen yang hampir sama berulang sejak dia mengambil alih program tersebut.

Segmen yang dimaksudkan ialah luahan hati di mana tujuh anggota Running Man iaitu Yoo Jae Suk, Kim Jong Kook, Ji Suk Jin, Ha Ha, Kang Gary, Song Ji Hyo dan Lee Kwang Soo ditempatkan dalam sebuah bilik.

Mereka kemudiannya dikehendaki membacakan surat  minta maaf yang ditulis oleh mereka secara berdepan.

Sebelum ini, segmen yang hampir sama juga turut diperkenalkan dalam episod ‘Running Man Q & A’ sewaktu penerbit baru itu mula mengambil alih tugasan tersebut.

Nama Kim Joo Hyung juga mula menjadi perbualan hangat dikalangan peminat Running Man lebih-lebih lagi apabila dia dilihat mula mengubah format asal sekaligus membuatkan rancangan tersebut hilang daya tarikannya.

Dalam pada itu, menurut laporan Nielsen Korea TV Audience Measurement, Running Man telah mencatatkan kadar rating yang agak rendah  dan berada di kedudukan terakhir berbanding lima program variasi yang lain seperti ‘2 Days and 1 Night’.

ABBY ABADI REDHA, ALAMI KEGUGURAN DI MADINAH

imageResizeAndCrop

 

Pelakon Abby Abadi redha selepas mengalami keguguran sebelum masuk untuk menunaikan solat Asar di Masjid Nabawi pada Khamis lalu.

Perkara itu didedahkan sendiri oleh Abby menerusi akaun Instagram (IG)nya selepas memuatnaik satu foto bersama suaminya semalam (Sabtu) dengan menceritakan kejadian yang menimpa dirinya.

“SAYA ‘TUMPAH DARAH’ DI MADINAH.

“Semalam (khamis, 21hb April 2016). Sy tumpah darah sebelum masuk utk Solat Asar di Masjid Nabawi. Banyak ketulan2 darah keluar, meletup2 sy rasa. Masa tu Alya @eveusun walaupun sudah tak buleh solat, dia rajin nk teman sy. Suami baru je masuk ke dlm masjid waktu ni.

“Sebelum masuk Masjid janji jumpa kt luar (KFC) sbb terasa nk makan KFC semalam. Jadi supaya suami tak mencari, sy ajak Alya duduk dulu disitu walaupun terasa darah dah membuak2 keluar. Selesai Asar, suami keluar lambat sbb dia gi mencari Ma & Abah. Sy beratur dulu di kaunter luar KFC tu sbb ingat nk beli dulu.. tak sabr nk balik. Sampai giliran sy, perempuan dia suruh order kt dlm daaa.

“Tunggu jugaklah suami. Beli bawa balik. Sy jalan dulu sbb nk terburai dah rasa. Bernasib baik tak terbabo sbb dah buat persediaan awal. Satu lagi sy pakai seluar panjang dlm jubah. Jadi darah mengalir di seluar, tak sampai meleleh ke bawah sbb ada stokin di kaki.

“Sampai di hotel, masuk bilik airrrr, penuhhh bilik air dgn darah, huhu…. Lama sy dlm bilik air sbb darah kelur tak berhenti. Penat, suami sampai, kata dah bgtahu Ustaz Rohaizam, dah bgtahu Mutawwif kami, @sofygurronces. Sofy terus uruskan utk hantar sy ke hospital.

“Sy kata taknak gi hospital, nnti kena tahan. Dia kata ok takpe, kita pegi klinik swasta. Sy kata taknak juga nnti kena byr mahaiiiiii ( berkira lagi tu). Sofy kata jangan camtu, nnti esok kalau sakit kat airport, kena tahan lagi susah, tak buleh balik. Sy kata takpelah, biar je sy.. Sy minta ALLAH tolong Sy, tgk malam nnti mcmana.

“Lepas tu darah & ketulan keluar lagi tak berhenti.. 3-4kali sy tukar baju sbb terkena darah, sampai suami pergi ke Masjid utk Maghrib/Isyak, sy sorg2..keluar lagi membuak2 3kali. Sy taktahu nk makan ubat apa, sy minum air zam2 je dgn doa supaya ALLAH sentiasa bersama sy. Pastu sy tertidur.

“Pagi ni, Alhamdullillah sy ok, cuma sakit bawah ari2. Sy kuatkan diri sbb rombongan bertolak balik dah 10am dari hotel pagi ni. Kalau sy sakit terpaksa ditahan di hospital & tak buleh balik. Sy nk balikkk.. rindu anak3,” tulisnya.

Dalam pada itu, Abby juga turut memohon maaf kerana menyembunyikan berita kehamilannya daripada pengetahuan orang ramai.

“ALLAH SWT lebih tahu yg terbaik utk kita. Sy redha atas apa yg berlaku. Mohon ampun dan maaf sbb sblm ni sy berteka teki tentang kandungan sy. Antara sebabnya ialah, takut apa2 terjadi kalau terlalu bercerita dari awal. Jadi ingat nk simpanlah dulu. Maklumkan pada Sahabat2 rapat& Keluarga Umaima je.

“Tapi terjadi juga. InshaALLAH, sy yakin ALLAH ada perancangan yg lebih baik utk sy. Terima Kasih ALLAH utk pengalaman ini,” jelasnya.

Sehingga kini, ruangan komen IGnya dihujani dengan kata-kata semangat daripada pengikutnya dan rata-ratanya meminta supaya Abby tabah menghadapi dugaan yang menimpa selain mendoakan kesejahteraan pelakon tersebut.

Go to Top