Interesting Indeed

fashion-dress-clothing-wholesale-china-supplier

Fashion dress clothing wholesale China supplier

fashion-dress-clothing-wholesale-china-supplier

Fashion dress clothing wholesale China supplier

As taken into consideration certainly one of the biggest on line clothes wholesalers in Malaysia, we provide a whole range of cutting-edge and day style apparel. For customers who are looking for elegant garments, you can save money with low wholesale charge. The greater you shop, the more you preserve. buying clothes has never been so easy with Ebeli.

Our mission, for the reason that day one, has been to bring retail tees to the wholesale marketplace, so for us, it’s all approximately first-rate. beginning at the thread diploma, we format the composition of each knit to make certain it becomes the excellent feeling. becoming and printing garments you’ve ever worn. We created a global in which our enterprise mirror our notion, we challenged the recognition with the resource of the use of placing the surroundings first, insisting on a human art work surroundings, and growing outstanding merchandise in the industry.

we’re proud to offer our purchaser exceptional best products at wholesale costs powered thru extremely good customer service. We has long beyond directly to putting in place ourself as Malaysia’s main provider and producer in family line supplying a comprehensive range of garments, own family appliances, accessible objects, accessories, footwear and purse to retail clients, companies and corporations all all through the globe. That’s why we are able to offer our wholesale customers such appealing costs.

At Ebeli, our clients are our first priority. we try to cognizance on best production the use of revolutionary design and rising technologies that offer value powerful products and services to continuously exceed customer expectancies. We understand what the markets want and what are on fashion. there’s absolutely no minimal order requirement!

We additionally supply our products directly from our manufacturing unit which allows us to lessen out any intermediaries consequently, permitting us to supply straight away to our clients. We reduce out all the greater expenses which consist of steeply-priced advertising and advertising, promoting and fancy picture shoots that you, the clients turn out to be buying when you purchase from excessive avenue shops. We then bypass at the financial savings to you inside the shape of decrease costs!This permits us to deliver splendid pleasant merchandise at wholesale charges.

shopping for to locate apparel has in no way been simpler or more low priced. At our website, we specialize in the maximum fashionable wholesale apparel from wholesale tops to wholesale dresses to wholesale accessories and beyond. Our wholesale stock consists of extra than really apparel, however. it also includes add-ons, handbags, footwear, and scarves. Now, you could purchase, appealing and style–ahead wholesale clothing for the complete circle of relatives at reduce–fee expenses. The excellent of our merchandise is second to none and it’s not just us who anticipate that. click on ebeli.com.my and check them out.

Isteri Hamil Enam Bulan, Fahrin Ahmad Teruja Rasa Pergerakan Bayi Dalam Perut

Isteri Hamil Enam Bulan Fahrin Ahmad Teruja Rasa Pergerakan Bayi Dalam Perut

 

Pelakon Fahrin Ahmad akui berasa teruja apabila berpeluang untuk merasai sendiri pergerakan bayi dalam kandungan isterinya yang kini hamil enam bulan.

Menurut Fahrin, tiada perasaan yang dapat digambarkan ketika melihat bayi tersebut bergerak dalam pelbagai posisi.

“Alhamdulillah bayi dalam kandungan isteri sihat dan aktif. Isteri saya dijangka bersalin pada minggu pertama bulan Oktober nanti.

“Bercakap pasal kehamilan, saya dan isteri memang tak dapat sorok rasa teruja bila ‘baby’ mula aktif dan bergerak-gerak di dalam perut.

“Masa pertama kali kejadian itu berlaku, saya sentuh perut isteri dan rasa pergerakan yang berlaku dan mungkin kerana dia adalah bayi lelaki jadi ‘baby’ terlebih aktif.

“Waktu itu perasaan saya hanya tuhan saja yang tahu, memang gembira tak terkata. Rasa mcam tak percaya pun ada juga.

“Ini merupakan satu pengalaman baru dan apa yang penting saya harapkan anak saya sihat, sempurna dan membesar dengan baik,” katanya.

Fahrin ditemui pada majlis berbuka puasa HBO dan sidang media filem Jurassic World dalam Bahasa Malaysia bertempat di Le Meridien, Kuala Lumpur pada Selasa.

Mengulas mengenai persediaan bergelar bapa, pelakon berusia 37 tahun ini memberitahu dia lebih memberi tumpuan kepada kos perbelanjaan.

“Untuk persiapan sebenarnya bagi saya bila kita ini lelaki sudah pasti lebih banyak memikirkan tentang perbelanjaan sewaktu bersalin nanti.

“Kalau dari segi persiapan barangan bayi itu mungkin lebih kepada isteri saya. Tapi setakat ini kami masih lagi belum ‘shopping’ untuk ‘baby’ walaupun dah tahu jantina.

“Oleh kerana terlalu sibuk, kami belum ada masa lagi, tapi apabila mendengar pengalaman rakan-rakan saya dimaklumkan memang kena buat persediaan awal sekurang-kurangnya dua minggu sebelum tarikh bersalin.

“Jadi untuk bulan puasa ini saya fokus untuk berehat dan luangkan masa bersama isteri, kerja tetap ada cuma saya ambil yang tuntutan masanya tidak memerlukan saya berada diluar sehari suntuk seperti pengacaraan,” ujarnya.

Dalam perkembangan lain, Fahrin merupakan antara salah seorang selebriti tempatan yang terlibat dalam alih suara filem Jurassic World dan membawakan watak sebagai Hoskins.

Jurassic Park bakal disiarkan dalam versi Bahasa Melayu pada 6 Julai depan sempena Hari Raya Aidilfitri bermula jam 9.00 malam di HBO (saluran 411) dan HBO HD (saluran 413).

Selain Fahrin, selebriti yang terlibat ialah Nora Danish, Izzue Islam, Nabil Ahmad, Hisyam Hamid, Farah Fauzana, Bront Palarae, Akhmal Nazri dan ramai lagi.

Koleksi Gambar Comel Lara Alana Di Tanah Suci

Koleksi Gambar Comel Lara Alana Di Tanah Suci

 

Pasangan selebriti, Awal Ashaari dan Scha Alyahya kini sedang berada di Tanah Suci untuk menunaikan ibadah Umrah.

Selain Awal dan Scha, mereka turut membawa puteri kesayangan mereka, Lara Alana dan bersama pembantu mereka. Rombongan tersebut turut disertai oleh ibu bapa Scha dan Awal.

Walaupun urusan untuk menunaikan ibadah Umrah dilakukan pada saat-saat akhir, perjalanan rombongan mereka dipermudahkan dan mereka bakal berada di sana sehingga 22 Jun depan.

Menerusi perkongsian gambar di laman Instagram Awal, Scha dan Lara, rata-rata peminat mendoakan agar ibadah Umrah mereka dipermudahkan.

Gelagat si comel Lara juga menjadi perhatian pengikut Instagram pengguna laman sosial. Jom kita lihat antara foto menarik Lara di Tanah Suci:





Ungku Hariz Panggil Chef Ke Rumah, Ajar Jihan Muse Masak

Ungku Hariz Panggil Chef Ke Rumah Ajar Jihan Muse Masak


Pelakon Ungku Hariz, memanggil chef ke rumah untuk mengajar isterinya, pelawak Jihan Muse memasak.

Tindakan Ungku Hariz itu menyebabkan Jihan terkejut dan cuak, tambah-tambah lagi apabila suaminya itu bertegas mahu dia belajar memasak.

Jika pada dua musim terdahulu Jihan hanya bertindak sebagai pengacara program Resepi Memikat Suami (RMS), kali ini dia menjadi pembuka tirai sebagai selebriti jemputan untuk memasak kepada suaminya.

Menerusi episod pertama RMS yang bakal bermula 6 Jun di Astro Ria, Jihan sebagai pengacara program itu terpaksa akur dengan kehendak suaminya.

Untuk membuktikan dia boleh memasak, Jihan berusaha menyediakan hidangan untuk memikat suaminya sambil meminta tunjuk ajar Chef yang dipanggil Ungku Hariz.

Seperti biasa Jihan melakukan rutin RMS iaitu, membeli barangan di pasar untuk memasak hidangan utama dan pemanis mulut, cuma kali ini dia ditemani Chef.

Menu yang dimasak Jihan adalah Roulade Daging dan Pesto serta pemanis mulut Walnut Mini Pavlova. Idea menu itu juga diberikan Chef selepas Jihan menerangkan apa makan kegemaran suaminya.

Siapakah Chef yang membantu Jihan? Adakah masakan Jihan berjaya memikat hati suaminya? Saksikan Resepi Memikat Suami yang disiarkan di Astro Ria setiap hari Isnin hingga Khamis, jam 6.30 petang bermula 6 Jun ini.

Kepada yang terlepas menyaksikan program masakan ini, anda boleh mendapatkan resipi di aplikasi SUUDU dalam telefon pintar anda yang boleh dimuat turun menerusi App Store dan Google Play, menerusi segmen TV Show; Resepi Memikat Suami, yang bertindak selaku one stop centre untuk segala resepi yang menarik dan ringkas.

Elizad Juara Gempak Superstar

Elizad Juara Gempak Superstar

 

Pelakon Elizad menepati ramalan penonton apabila dinobatkan sebagai juara Gempak Superstar yang bersiaran secara langsung di Pinewood, Johor Baharu, malam Ahad.

Elizad atau nama sebenarnya Siti Elizad Sharifudin, 32, menerima hadiah berupa wang tunai RM100,000 beserta trofi sumbangan Astro.

Naib juara pula jatuh kepada Sherry Ibrahim sekaligus membawa pulang hadiah wang tunai berjumlah RM25,000 dan trofi.

Tempat ketiga dimiliki oleh Arja Lee manakala tempat keempat dirangkul oleh Soffi Jikan. Masing-masing membawa pulang wang tunai berjumlah RM15,000 dan RM10,000 beserta trofi.

Sementara itu, Nazim Othman terpaksa berpuas hati apabila namanya diumumkan sebagai pemenang tempat kelima dan membawa pulang hadiah wang tunai berjumlah RM5,000 dan trofi.

Untuk konsert akhir ini, Sherry Ibrahim telah dipilih sebagai pemenang anugerah khas Terlajak Gempak Superstar yang diberikan oleh Datuk Aliff Shukri.

Hadiah disampaikan oleh Pengurus Saluran Astro Ria dan Ria HD, Raqim Ahmad.

Markah peserta diadili 50 peratus daripada juri tetap iaitu Ogy Datuk Ahmad Daud, Amy Mastura, dan Datuk Yusof Haslam selaku juri jemputan manakala 50 peratus lagi berdasarkan undian Khidmat Pesanan Ringkas (SMS) penonton.

Konsert akhir Gempak Superstar disiarkan di Astro Ria (saluran 104), Ria HD (saluran 123), Astro Prima (saluran 105) dan Maya HD (saluran 135).

Dilabel Suara Emas, Khai Bahar Dapat Perhatian Stesen TV Indonesia

Dilabel Suara Emas Khai Bahar Dapat Perhatian Stesen TV Indonesia

 

Penyanyi baru, Khai Bahar mendapat perhatian stesen televisyen Indonesia, RCTI menerusi sebuah program hiburan mereka yang berjudul Silet.

Dilabel sebagai suara emas, Khai mendapat perhatian program Silet setelah videonya yang menyanyikan semula lagu Ku Tak Akan Bersuara nyanyian asal Nike Ardila menjadi viral.

Menerusi program Silet itu juga, dua orang penyanyi Indonesia, Soimah dan Nia Daniati memuji kebolehan yang dimiliki oleh Khai.

Video Khai menyanyikan lagu Sudah Ku Tahu, Listen serta Aku dan Dirimu juga menarik perhatian program Silet dan sedutan video nyanyian Khai turut disiarkan dalam program tersebut.

Sebelum ini, video Khai menyanyikan lagu Memori Berkasih secara duet dengan penyanyi Siti Nordiana menjadi viral di laman sosial dan Khai kini telah berjaya mengikat kontrak nyanyian bersama NAR Records.

PU Rahmat ‘Lamar’ Mira Filzah

PU Rahmat Lamar Mira Filzah

 

Bekas peserta program realiti Pencetus Ummah musim pertama, PU Rahmat Ikhsan Mohd Sofyan ‘melamar’ aktres yang baru sahaja memenangi trofi Artis Baru Wanita Popular ABPBH 29, Mira Filzah.

Jangan cepat salah sangka kerana ‘lamaran’ yang dimaksudkan adalah bertujuan untuk mengajak Mira memanfaatkan populariti yang diraihnya bagi sebuah gelombang kebajikan dan kemanusiaan.

‘Lamaran’ itu dilakukan menerusi sebuah entri bertajuk ‘Surat buat Mira Filzah’ di laman Facebook milik PU Rahmat.

Berikut merupakan kandungan lengkap entri tersebut:

Surat buat Mira Filzah

Assalamualaikum Mira Filzah , kenalkan saya PU Rahmat ,

Tahniah atas kemenangan pelakon baru wanita popular.. Eh skema nya aku.. Huuhu

Hukhuk (batuk betulkan suara)

Kita ni sebaya tau mira Filzah , saja bagitau kita sebaya pada awak (ehh..suka hati je aku panggil awak.. Haha)

Baik, straight to the point…

Saya kompem untuk awak yang berusia 23 tahun mencapai artis baru popular merupakan satu pengalaman manis .. Mabruk ..

Saya pun ada pengalaman manis nak dikongsi , awak baca ea.. (Fuh ..Debarnya)

Tahun ini saya menjumpai sepasang mata yang bercahaya dan sebuah senyuman yang sangat manis

Mata dan senyuman itu milik seorang anak syuria(syiria).. Saya berpeluang ke Kem Pelarian Mangsa perang syiria,

Disana kan mira , kami Buat BBQ dan agihkan quran buat mereka, ada yang menangis melihat Al Quran kerana sudah lama tidak melihatnya, kami pun turut sebak kerana kami yang melihat quran depan mata tapi gagal berdamping dengan Al Quran

Malam musim sejuk tu , kami buat BBQ dan mereka punya excited sampai mengelilingi kami berjam jam ,

Awatnya berjam jam? Silap kami la buat BBQ musim sejuk, api tak naik naik.. Haha nilah padah tak pernah hidupkan api musim sejuk.. Yola malaysia mana ada salji..

Malam tu kami nampak senyuman yang mendamaikan jiwa dari anak anak syuria , mereka gembira kerana sudah berbulan bulan tak makan Ayam apatah lagi daging

Kami pun jadi gembira !! Bahagia itu hadir apabila membahagiakan orang lain

Mira, masih ramai lagi Orang Malaysia yang belum Cakna kesengsaraan manusia khususnya Muslim yang lain..

Rohingya,kashmir , afrika, syuria , palestin apatah lagi Didalam Malaysia

So panjang panjang cerita ni tema besarnya ialah sebuah harapan ^^

Harapannya untuk mira terima saya.. Ehhh bukan bukan(saja buat saspen supaya korang baca)

Harapannya buat Semua Artis muda khususnya Mira Filzah untuk sama sama memanfaatkan Populariti bagi sebuah gelombang kebajikan dan kemanusiaan

Jika umur mira panjang, awak akan terus mendaki kepuncak tetapi ada satu fakta bahawa sebelum awak kepuncak,

Ada ramai artis sudah berada dipuncak hari ni.. dan mereka sudah memulakan gelombang kebajikan dan kemanusiaan

Contohnya : angelina jolie, abg noh hujan, abg faizal tahir dan kak miss nina.. ramai lagi senarai ..

Persoalannya? Adakah mira dan saya yang berusia muda sempat berada di puncak seperti mereka? Entah entah meninggal dunia pada usia muda… Fuhh sorry ya awak bawak cerita mati ..

Jadi kita kena pecut seratus meter laju2 dalam amal kebaikan.. Gogogo

Moga Mira termasuk salah seorang yang membawa gelombang kebajikan dan kemanusiaan

Pecah kaca pecah peti Ais

Lepas baca share ya gaiss

Sudah 400 ribu kematian sepanjang perang Syuria

Moga Surat ini sampai kepada rakyat malaysia dan turut bersama menjadi gelombang Kebajikan dan kemanusiaan

Assalamualaikum Dunia

Marilah semua

Tabung Syiria

MAYBANK -DANA MAPIM

558220605312

Adira Tak Sangka Suami Puji Sambal Ikannya

Adira Tak Sangka Suami Puji Sambal Ikannya


Penyanyi Adira yang baru mendirikan rumah tangga dengan Datuk Seri Adnan Abu akui suaminya suka masakan sambal pedas yang dimasak olehnya.

Adira memberitahu dia tidak menyangka suaminya memuji masakan pertamanya iaitu Sambal Ikan baru-baru ini.

“Masakan pertama saya adalah sambal ikan kerana saya tahu suami memang suka akan makanan yang pedas. Jadi saya cuba masak makanan yang digemarinya ketika itu.

“Mengenali suami saya, dia tidak kisah lauk apa yang dimakan asalkan lauk atau makanan itu mesti pedas.

“Biasanya dia suka masakan yang bersamballah. Tak kisah sambal masak ayam atau daging.

“Berdebar juga dengar respon suami lepas itu. Legalah lepas makan tu dia puji kata masakan saya sedap. Tapi mungkin juga dia mahu jaga hati saya sahaja,” katanya kepada Suudu ketika ditemui di acara Raku Fest Sabtu lalu.

Adira memberitahu sejak berkahwin dia akan cuba mengambil kesempatan untuk memasak jika suaminya berada di rumah.

“Saya tidaklah selalu masak untuk suami, tetapi jika ada kesempatan kebetulan saya tidak penat dan tidak bekerja pada haritu saya akan cuba sedaya upaya memasak untuk kami makan bersama.

“Namun jika tidak mempunyai masa untuk memasak, kami tetap keluar makan. Suami saya seorang yang tidak cerewet,” ceritanya.

Adira berkahwin dan menjadi isteri kedua Adnan pada November tahun lalu.

Muat turun aplikasi Suudu di IOS dan Android store untuk mendapatkan pelbagai resepi dan fungsi baru. Anda juga boleh berkongsi pengalaman kisah anda memasak menggunakan resepi yang ada di dalam Suudu.

Teks Oleh: Syafiqah Jalal

Senarai Penuh Pemenang ABPBH 29: Neelofa Bintang Paling Popular!

Senarai Penuh Pemenang ABPBH 29 Neelofa Bintang Paling Popular

 

Pengacara rancangan MeleTop, Neelofa dinobatkan sebagai Bintang Paling Popular Anugerah Bintang Popular Berita Harian 29 (ABPBH 29) yang berlangsung malam tadi.

Majlis anugerah yang bersiaran di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC) itu diacarakan oleh AG, Haiza, Mira Filzah dan Zizan Razak.

Berikut merupakan senarai pemenang bagi 13 kategori ABPBH 29 dan 5 kategori online ABPBH 29:

ABPBH 29 Kategori Utama

Bintang Paling Popular: Neelofa

Anugerah Pencapaian Sepanjang Zaman: Fauziah Datuk Ahmad Daud

Artis Baharu Lelaki Popular: Sufi AF2015

Artis Baharu Wanita Popular: Mira Filzah

Pelakon Filem Lelaki Popular: Sharnaaz Ahmad

Pelakon Filem Wanita Popular: Fathia Latiff

Pelakon TV Lelaki Popular: Sharnaaz Ahmad

Pelakon TV Wanita Popular: Emma Maembong

Penyanyi Lelaki Popular: Aizat

Penyanyi Wanita Popular: Adira

Artis Kolaborasi/Duo/Berkumpulan Popular: Wings

Artis Versatil Popular: Ifa Raziah

Pengacara TV Popular: Neelofa

Penyampai Radio Popular: DJ Lin

Artis Komedi Popular: Abam

ABPBH Kategori Online

Artis Aksi Selfie Popular: Saharul Ridzwan

Personaliti Media Sosial Popular: Lara Alana

Artis Ikon Respek: Datuk Aznil Haji Nawawi

Artis Trending Popular: Ayda Jebat

Artis YouTube Popular: Siti Nordiana

Tidak Tahan Difitnah Bekas Isteri Suami, Maria Farida Saman

Tidak Tahan Difitnah Bekas Isteri Suami Maria Farida Saman

 

Pelakon Datin Maria Farida mahu meneruskan saman fitnah terhadap bekas isteri suaminya, Hadijah Mokthar.

Menurut Maria, dia tidak akan berdiam diri lagi selepas difitnah secara bertubi-tubi oleh wanita berkenaan.

“Pelbagai tuduhan dilemparkan kepada saya seperti perampas suami orang, bomohkan suami, berebut kasut dengan anak tiri dan paling tak boleh terima bila dia tuduh saya tampar anaknya.

“Macam mana saya sanggup nak tampar Rayyan sedangkan makan pakai dia saya yang jaga?

“Sebelum ini saya tak pernah beri respon terhadap perkara yang dia lakukan pada saya, tapi kali ini saya tak akan diam lagi.

“Sepanjang 9 bulan saya diganggu dan sabar dengan ‘permainan’ dia tapi bila dah semakin menjadi-jadi sehingga mencederakan suami saya itu melampau!” katanya ketika ditemui pada sidang media yang diadakan di Hotel The Royale Chulan, Damansara pagi Jumaat.

Tambah Maria lagi, pihaknya sudah menyerahkan dua surat saman pada November dan Disember tahun lalu, tetapi tiada tindakan diambil untuk surat pertama kerana bekas isteri suaminya itu berjanji untuk berubah.

Bagaimanapun, Hadijah atau dikenali sebagai Karen telah memungkiri janji dan masih mengganggu rumahtangga mereka.

“Memang dia berjanji untuk berubah namun itu semua tipu, sehingga kini dia masih lagi ganggu kehidupan kami sekeluarga. Berpuluh-puluh mesej dalam bahasa kesat dihantar kepada saya dan suami. Kami bukan bercakap kosong kerana mesej-mesej yang dihantar itu kami simpan sebagai bukti,” ujarnya.

Dalam pada itu, suami Maria, Datuk Rahman Syakur, 62, menjelaskan insiden dilanggar bekas isteri itu adalah benar.

“Saya ada hak untuk ambil anak kerana saya mendapat hak penjagaan kekal mereka. Dia yang langgar perintah mahkamah.

“Walaupun sudah bercerai, saya tak mahu putuskan hubungan ibu dan anak sebab itu saya beri dia jumpa mereka. Tapi lain pula jadinya bila dia tak mahu pulangkan dan saya terpaksa ke rumahnya untuk mengambil Ayshea dan Rayyan.

“Marah dengan tindakan tersebut dia terus melanggar saya yang berada di pagar. Saya telah diseret sejauh 5 meter dan mengakibatkan luka kecil pada bahagian badan saya.

“Saya bersyukur kerana tidak mengalami kecederaan serius. Dia kata pertahankan diri tetapi di akaun Instagram lain pula ceritanya.

“Siap beritahu dia sepatutnya seret saya sehingga mati dengan memuat naik gambar anjing yang diseret.

“Sampai bila dia nak menipu?  Saya ada surat mahkamah yang mengesahkan hak penjagaan kekal anak-anak pada saya,” tegasnya.

Maria dan Datuk Rahman berkahwin pada 26 November tahun lalu.

Go to Top